Thursday, February 13, 2014

Sakit Hati, Marah. Tapi, Diri ini Memaafkan Dirinya....


Assalamualaikum, 

Perlukah aku masih sakit hati dengan dirinya, walaupun dia tak berhenti - henti cerita buruk pasal diri aku. Sudahlah itu, dia putar belit cerita. Benda yang aku tak buat, dia kata aku buat. Entahlah, tak tahu kenapa, Adakah aku pernah menyakiti hatinya????

Aku tak boleh palitkan semua kesalahan diatas bahunya, mungkin antara aku sedar atau tidak. Aku sudah menyakiti hatinya. Manalah tahukan, tapi!!!!, apa ya... Sudah banyak kali aku tanya pada diri aku sendiri apa yang aku buat, tapi aku tak dapat jawapannya dan kalau aku tanya dia pun, dia takkan jawab soalan keramat aku itu. 

Sebab sekarang ini, dia hanya rasa dirinya yang perfect, tak ada kesalahan, juga bangga diri. Entahlah, mungkin aku merasa dirinya yang kejam terhadap aku. Tapi, mungkin juga bagi dirnya aku pula yang kejam dengan dirinya. Apa yang perlu aku lakukan untuk semua ini ya?????

Aku buntu sebenarnya, dalam pada masa yang sama aku juga kesian pada kawan aku yang menjadi orang tengah. Sekarang ini pula, dia juga terpaksa tanggung, sebab 'budak' itu juga buruk - burukkan kawan aku yang jadi orang tengah ini. 

Tapi tak apalah, tak lama lagi. Aku akan balik kampung setelah habis exam sem ini. Aku harap aku dapat selesaikan semua masalah aku yang dah berlarutan ini. Walaupun, sakit hati kerana maruah aku dah tercemar, akibat mulut dia tapi aku akan cuba selesaikan dengan baik - baik. 

Harap aku dapat iktibar dari apa yang berlaku, dan dapat selesaikannya dengan mengunakan interpersonal dengan baik. Mudahan - mudahan.